Friday 3 June 2011

Game Mingguan

GRAND KNIGHT HISTORY
Helooooooooooooooooooooooooooo. Selamat malam. Akhirnya , setelah aku puas memerah otak untuk mengulas satu v'game untuk korang semua, aku teringat satu v'game yang akan keluar pada hujung tahun ni di negara Matahari tak lain tak bukan JEPUN. Kalau nak tunggu v'game ni keluar di Malaysia lambat lagilah. So  buat semua gamerz di luar sana, aku harap banyakkan bersabar. Sebagai intronya, mari  aku ceritakan serba sedikit maklumat yang aku ketahui tentang v'game ni. Semak ye !!!!


GRAND KNIGHT HISTORY merupakan hasil gabungan game designer yang popular yang telah design game ODIN SPHERE [PS2] dan MURASAMA: THE DEMON BLADE [Wii]. V'game ni kini akan dihasilkan oleh Vanillawere bersama Marvelous Entertainment Inc dan muncul dalam pelantar mudah alih PSP.

Grand Knight History menjanjikan permainan yang padat dengan aksi, fantasi, muzik dan warna yang luarbiasa serta visual yang memukau dalam 2D.Aku singkatkan nama v'game ni jadi GKH boleh kan??
GKH berlaku di sebuah benua yang diasingkan dari dunia kita iaitu Benua Risutia yang terbahagi kepada 3 empayar yang besar lagi kuat-Union, Avalon, dan Longres. Kalau korang cari kat globe konfirm tak jumpa benua ni. Jadi jangan buang masa dan tenaga korang dengan membuat kerja sia-sia lagi tak berfaedah. Dulu ketiga-tiga empayar pemerintahan ni hidup dalam keadaan aman damai + harmoni. Namun nak dijadikan game, konflik yang sangat hebat dalam empayar dan ketidakfahaman antara satu sama lain mencetuskan peperangan yang amat dahsyat lagi menggerunkan.

Masing-masing ingin menjajah dan menjatuhkan empayar yang lain disebabkan sifat tamak haloba dicampur dengan sedikit hasad dengki.Maka peperangan antara empayar pun berlaku dan kini penaklukan perlu dilakukan sebelum menjadi taklukan.

Dalam v'game ni, korang perlu memilih salah 1 empayar untukk memulakan permainan yang mencabar kemahiran korang. Aaaaaaaaa. Korang akan jadi  ketua pemimpin dan korang harus dan diwajibkan mewujudkan kumpulan kesateria korang serta askar sebagai unit sokongan sendiri sebelum memulakan pertualang dan harus bijak memilih musuh mana yang korang ingin musnahkan dulu.Aku sarankan korang nanti pilih empayar union kerana nanti ada satu event dimana Ratu  Sophia akan diselamatkan oleh Raja Leon Fried apabila ketegangan berlaku dalam empayarnya. Tak romantik ke si puteri diselamatkan oleh seprang raja yang kacak lagi tampan  dan menarik. Aduhaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.




Ni picturenya:


Sekian . Terima kasih. Selamat menunggu v'game ni keluar dan mencubanya...

 

Takkan baca je? Komen laa sekali. Arigato gozaimas!

1 comment:

Gary Asip said...

review game 'god of war' jom!! ramai kengkawan gary x taw pasal game ni...huhuhu... gary follow cne yer...