Tuesday 7 June 2011

Petua Penjagaan Mata

Assalammualaikum dan selamat pagi, petang dan malam kepada pelawat-pelawat blog aku yang setia melawat.Hari ni ,secara tidak sengaja aku terllintas untuk memberi beberapa petua penjagaan mata yang mana amat penting buat korang termasuk diri aku sendiri yang selalu mengadap komputer.Bukan apa, tiba-tiba saja aku teringin nak bagi petua ni ,so korang baca dan lagi bagus kalau korang amalkan setiap masa.Hehehehehe.


Petua ni sesuai diamalkan sesiapa sahaja.Terutama pelajar atau individu yang bekerja dalam bidang berkaitan komputer & internet. Tak kiralah anda seorang programer, pereka laman web, pereka grafik, usahawan internet, penulis blog dan sebagainya. Ataupun saja suka-suka menghabiskan masa berjam-jam di depan komputer misalnya main games, chatting, baca artikel di blog, cari info  dan sebagainya.
Petua Menjaga Kesihatan Mata
1. Setiap kali mandi atau berwudhu (bagi muslim), pastikan jangan pejamkan mata semasa air melalui mata anda, sebaliknya kelip-kelipkan mata anda beberapa kali, biar air mandian itu mencuci mata anda. Memang mata kita akan terasa pedih sikit. Walaupun tiada kajian saintifik mengenai petua ni, tapi setelah mengamalkannya beberapa lama, alhamdulillah setakat ni mata saya belum rabun lagi biarpun berjam-jam di depan komputer.
2. Untuk menyegarkan mata yang letih atau rasa gatal-gatal akibat sakit mata, ambil beberapa helai daun sirih muda, basuh bersih-bersih. Ramas-ramaskan sampai lumat dan didihkan seketika. Tapis airnya dgn kain bersih ke dalam mangkuk dan biar hingga suam-suam kuku. Lepas tu rendamkan atau jiruskan terus pun boleh, pd mata anda sambil kelip-kelipkan mata berulang kali. Insya Allah mujarab.Tapi yang ni leceh sikit sebab sekarang ni susah nak cari daun sirih.
3. Amalkan senaman untuk mata anda. Bukan badan je perlukan senaman, mata pun perlu bersenam juga. Caranya:
A . Pergi ke luar rumah, lihat satu objek berdekatan anda, kemudian beransur-ansur lihat pula objek yg lebih jauh, dan jauh, jauh lagi, sejauh-jauhnya la. Lepas tu balik semula beransur-ansur lihat objek yg berdekatan anda. Ulang proses ini beberapa kali sampai anda naik bosan atau naik menyampah[jangan sampai naik angin dah la ye]. Dalam proses tadi sekiranya anda ternampak satu objek menarik(misalnya ada awek/pakwe cun melintas) bolehlah fokuskan sekejap pada objek tu(kira senaman mata gak tu), tapi jangan tengok lama-lama ye, berdosa[hahahahaha]dan mata anda juga berisiko untuk terkena lontaran objek-objek berbahaya[kasut tumit tinggi barangkali.hehehehehe].
B.  Gerakkan mata anda ke kanan semaksimum mungkin,berhenti sekejap, kemudian ke kiri, berhenti sekejap, seterusnya ke atas, bawah dan tengah (sampai mata naik juling), beransur-ansur lajukan proses ini.
C. Setelah 1-2 jam di depan komputer, berhenti sekejap, lihatlah objek-objek berwarna hijau di luar rumah anda, seperti pokok-pokok dan sebagainya , sesungguhnya warna hijau itu menenangkan & merehatkan mata anda. Tapi itu kalau siang, kalau malam camne pulak?? Itu senang jer, tulislah warna hijau kat internet.Kan senang!!!!!Hahahahaha
4. Amalkan makan makanan yang kaya dengan vitamin A & C- susu, sayur(terutama carrot & brokoli) dan buah-buahan (terutama aprikot & anggur) dsb.
5. Elakkan melihat benda-benda yang tak sepatutnya dilihat terutamanya di internet ni macam-macam bahan yang boleh merosakkan mata & minda anda hehe, faham-faham sendirilah ye.
Ok, setakat ni je, lain kali kalau saya rajin saya bagi petua lagi.
P/S: Petua-petua ni utk org yg belum rabun lagi, tapi yang dah sedia rabun tu tak dapat dipastikan keberkesanannya, bolehlah cuba2 kalau berjaya beritahu saya yer.
Selamat Mencuba dan Selamat Berjaya

Takkan baca je? Komen laa sekali. Arigato gozaimas!

1 comment:

Cho Cho said...

likess this :)