Sunday 5 June 2011

Pendapat Seorang Gamerz Sejati

Helloooooooooooooo. Selamat pagi, petang dan malam aku ucapkan kepada sesiapa yang sudi mengunjungi blog aku yang agak ringkas tetapi padat berinformasikan panduan serta sejarah game di dunia. Kali ni aku tak nak mengulas sebarang games kerana aku nak pentingkan diri sekejap dengan menceritakan pendapat aku tentang kebaikkan dan keburukkan bermain games.Jadi kalau sesiapa yang tidak berpuas hati dengan segmen kali ini korang boleh jer komen dan dengan hormatnya diminta memejamkan mata selagi aku tak postkan yang baru.Hehehehehehehe .Pentingkan diri betul aku ni.Hari ni jer. Hari lain ulasan gamelah.Kalau aku mengulas game tiap-tiap hari mesti korang pun muak kan???????



Mungkin ada yang rasa bermain game ini membazir saja kan. Kalau anda nak tahu, ada juga kebaikan bermain game sebegini. Contohnya bila anda menyelesaikan puzzle, anda dah pun memaksa otak anda berfikir. Otak juga kena diasah juga sekali sekala, bukan badan saja. Kalau tidak, mudah kena penyakit nyanyuk (Alzheimer) nanti. Game pun boleh menyebabkan tindak balas kita menjadi cepat. Cuba kita bayangkan anda bermain Dioblo. Contohnya, tentu mata dan tangan kita kena sentiasa bergerak dengan kehadiran musuh dalam game tersebut. Kalau tidak,matilah pahlawan kita.Tetapi kita kenalah pandai-pandai bahagikan masa untuk bermain, dan tak juga abaikan tanggungjawab kita.

Jangan salah tafsir dengan permainan video yang terdapat di pasaran pada masa kini. Segelintir peminat permainan video ini telah dapat menguasai bahasa inggeris. Hal ini kerana, permainan ini dapat merangsang pemikiran seseorang pemain untuk mengambil langkah yang sepatutnya bagi menangani sesuatu masalah yang menimpa. Selain itu juga, para peniaga dapat menambah pendapatan untuk menyara hidup yang kosnya semakin meningkat pada kala ini. Kesan daripada ini, ia dapat merangsang pertumbuhan ekonomi negara. Permainan ini juga dapat mengurangkan stres setelah seharian penat bekerja.

Kebaikan "Games"

Aku telah lama mula merasakan kebaikan games (pc games, psp, ps,etc...).Sebelum ini ramai jer yang kata game ni tak bagus untuk kesihatan.Terutama orang tua dan ibubapa la kan.Tapi cuba kita tengok dari sudut yang lain.Sudut positifnya,biasanya dalam setiap games pasti ada "goal"untuk dicapai bukan.?? So, untuk achieve goal tu, kita perlukan concentration yang tinggi.Contoh cam game dalam facebook "pet society" or mungkin "mafiawar" untuk naik level, kita sanggup berdepan dengan computer pagi ,petang, siang malam(kalau boleh la...).Ada yang sanggup tak tidur untuk itu.Pastu ada yang sanggup tak makan dan tak mandi serta sebagainya tapi kadang-kadang bagus jugak kan?? Sebab untuk achieve sesuatu goal, kita kena ada strategy.Kadang-kadang kita dah cuba satu cara tu, then bila salah, kita sanggup cari cara lain.Semata-mata untuk menang.Kadang-kadang, rasa cam tak sabar nak tengok apa level seterusnya atau bilakah endingnya game ini.Hahahahahaha(seperti yang aku selalu buat).Tapi, sekarang nie, aku cuba aplikasikan untuk kerja seharian aku.My to-do list".Aku pasti ramai yang dah buat.Tapi aku mula merasakan keberkesanannya dalam hidup aku.Hari itu aku  listkan apa saja kerja-kerja  sekolah or apa-apa la yang patut aku buat.Sampaikan nak ambik excuse letter pun aku tulis[hehehehe].Barulah ternampak betapa banyaknye kerja yang aku tak buat lagi.Aku confuse yang amat sangat.Macam mana  ingin sattlekan semua benda tuh.So, aku buat cam seolah-olah aku sedang bermain game.Aku jadikan apa yang ada dalam list aku sebagai "goal" yang aku kena achieve.Setiap kali mission "accomplished", ak akan tick disebelahnya.Memang tak tidur.Semalam saja, seharian aku didepan komputer.Dari tak buat apa-apa, sekarang dah tinggal 10%lagi.Hahahahaha.Cuba bayangkan.So, aku fikir semua ni cam mindset kita jugak.Nak buat sesuatu, kena ikut interest kita.Walaupun benda tu kita tak suka nak buat.So, macam satu pengajaran untuk aku la.

Cuti sekolah telah hampir tiba. Cyber cafe kini mula dipenuhi dengan pengunjung yang rata-ratanya dari kalangan kanak-kanak. Apa yang nereka buat di sana? Jangan salah anggap dengan kedatangan kanak-kanak ini. Mereka sebenarnya ingin bermain permainan video. Kanak-kanak yang agak kerap bermain permainan ini, dapat mengelakkan mereka daripada ketinggalan zaman dalam bidang IT yang semakin hari semakin maju seperti penciptaan blog, touchpad ,laptop,notebook dan sebagainya .

Game, game,game dan game lagi.Memang tidak asing lagi dengan kemunculannya pada zaman atom dan nuklear ini. Ramai pengemarnya dari kalangan kanak-kanak. Namun, ada juga dari kalangan remaja yang suka menghabiskan masa lapang atau terluang mereka dengan permainan fantasi ini. Dalam hal ini, kita dapat mentafsir bahawa, permainan ini dapat mengelakkan para remaja terjebak dengan anasir-anasir yang kurang sihat seperti melepak, merokok dan sabagainya cuma kita saja yang perlu bijak membahagikan masa kita bermain na dalam kehidupan.You can do it guys. Just trust yourself and be brave for it.

Asyik cerita pasal kebaikkan game saja mana adilkan??? Aku juga mencoretkan sedikit keburukkan yang aku ketahui kalau aku senaraikan banyak habislah blog aku kena rejectkan. Tapi korang baik dan tak akan reject blog aku lepas baca keburukkan bermain games ni kan???

Keburukkan bermain games
1. Mata kita menjadi korban bermain game, mata menjadi rabun
2. Lupa waktu
3. Suka malas makan dan sering melewatkan masa makan
4. Lupa urusan dunia akhirat
5. Meninggalkan ibadah (karena keasyikan main game)
6. Lupakan teman lelaki/wanita kerana terlalu gilakan game
7. Bergaduh kerana tidak puas main game
8. Malas belajar (padahal besoknya ujian)
9. Tugas tidak dilakukan atau dilakukan dengan sambil lewa
10. Tidak tumpu perhatian semasa berkerja 
11. Sering berkhayal atau berangan-angan ingin menjadi seperti watak di dalam game
12. Ketinggalan informasi dunia luar
13. Jarang mandi
14. Sering menghabiskan duit untuk membeli v'game yang terbaru.

Kalau korang rasa bosan .Jangan teruskan pembacaan korang.Just masuk dan keluar sudah.

Takkan baca je? Komen laa sekali. Arigato gozaimas!

2 comments:

: husna : said...

jarang layan games sebab kalo dah layan mmg nazak nak stop..huhuh

arev tyan said...

nO12 mirip keadaan q